Thursday 20 December 2012

11 Sebab Saya Tak Beli Emas

Sumber: http://www.jutawangold.com

 
Ramai yang memberi pelbagai alasan untuk tidak membeli emas.Siapakah yang rugi sebenarnya?Peniaga emas ..sebab tak dapat jual emas? Peniaga tak rugi apa-apa,bukan jual barang expired,dia simpan pun masih untung,dan kena ingat,anda tak beli,ramai lagi yang beli. Sanggupkah anda ketinggalan?

Dulu siapa tak ada wang kena gelak,sekarang siapa yang tak ada emas,atau tak tahu langsung pasal emas yang kena gelak (yang tak mampu sangat boleh dimaafkan..hehe)

Mentaliti orang Malaysia ni,dia dah selesa simpan wang kertas,kena pulak kalau dapat simpan kat bank,pergh,dia punya yakin punyalah melangit,konon2 selamat.Aah,selamat la sangat,cuba kaji sejarah,bank yang tertua dan beroperasi beratus tahun pun boleh tertutup,dan di Amerika sendiri beratus bank telah ditutup dalam tempoh tak sampai 5 tahun.Di Malaysia ni tak nampak sangat sebab media-media macam tv,paper semua cover cerita,admin blog jutawangold je yang suka dedah itu ini.Khas buat yang nak tahu dan bertindaklah,buat yang selesa simpan kertas tu,teruskan,admin tak rugi apa-apa pun,cuma nak berkongsi ilmu je.
Banyak juga kes penyimpan hilang macam tu je duit kat bank,tak dapat balik.P*** nak cover? Jangan haraplah. Admin bercakap ni ada bukti,tak percaya,tengok sendiri kat GIC.

*Simpan wang kertas untuk kegunaan seharian dan kecemasan sahaja,tukarkan kepada emas “simpanan” wang kertas anda dan yang anda tidak gunakan untuk 5-10 tahun akan datang bukan duit nak beli susu anak yang dibuat beli emas.
Nak seribu daya,tak nak seribu dalih,berikut saya kongsikan pengalaman saya berdepan dengan beribu pelanggan.



 

~Sebab apa saya tak beli emas~
1.Saya duk fikirkan harganya,kaji sana sini
-last-last tak beli-beli pun


2.Duk kaji pasal spread
- belum beli dah fikir banyak,spread penting untuk pelabur,tak penting untuk mereka yang ada ILMU pasal spread,so,dapatkan ilmu pasal emas ni


3.Terfikir mcm mana nk jual balik
- emas bukan macam barang lain bang,laku di mana-mana.
Sebaiknya juallah kat dealer/comp tu balik,dapat harga lebih,tapi kalau ada ilmu yang kat statement no 2 tu,anda memang untung!


4.Mcm mana nk buat untung
-banyak cara boleh untung,asalkan emas tu ada kat tangan,bukan atas kertas atau alam maya


5.Takut BNM serbu pulak comp yg sy join
-ini bukan skim,ini emas fizikal,selagi pegang emas,apa nak takut?
6.Takut rugi sbb hrga emas jatuh
-beli emas bukan untuk dijual esok lusa,ini simpanan jangkamasa panjang,rugi kalau jual je kan,so,simpanlah.Terdesak sangat,barulah pajak,ini sebenarnya fungsi Ar rahnu,bukan untuk manipulasi pelbagai skill.
 
7.Saya tak tau kenapa orang kata emas itu adalah wang
-kena tau apa maksud wang yang sebenar,dan ciri-cirinya,dan kaji sejarah nanti jumpa,dulu-dulu orang guna apa sebagai emas,dan wang kertas yang kita duk guna sekarang ni cuma ciptaan yahudi untuk menindas dan berkuasa kat dunia

8.Saya tk fhm sbb apa sy perlu simpan emas
-Kaji sebab,pasti jumpa jawapannya


9.Saya tak nak membazir
-Dulu harga emas rm30+/gram,sekarang dah cecah dekat rm200/gram
err..kat mana yang membazir tu?


10.Saya bimbang emas tu kena curi,hilang dan sebagainya
-Kalau kena curi,hilang,bukan emas je,apa-apa pun boleh ,so kena pandai-pandailah elakkan.Tak kan sebab takut hilang,kena curi maka kita tak beli emas?

Abis yang wang kertas kita kena rompak hari-hari(susut nilai sebab inflasi) tu tak takut ke..?
Setahun susut nilai hampir 16%. Simpan RM1k tahun ni,tahun depan jadi RM840,kalau 10 tahun lagi? Simpan emas berharga RM1k tahun depan jadi RM1.2k+,mana yang anda nak?
 
11.Tak dapat pulangan bulanan,dividen dan hibah
-Lebih suka join skim cepat miskin,baik join MLM terus,maklumlah,duduk diam-diam dapat duit.
 
—————————————
Bagus…org mcm anda yg mmbuatkan harga emas tak naik mendadak…sbb hanya org yg CELIK emas dan ada ILMU shj yg duk beli emas.
Yang duk fikir 11 soalan di atas,tak sedar yg dia duk buang masa,dan masa itu tidak akan kembali..

Harga emas yg dulu rm16/gram,skrg hmpir rm195/gram,akan dtg akan hanya tinggal sejarah…dan waktu itu dah tak guna nak menyesal sbb tk bermula masa org duk suruh dulu..

Berminat membeli emas? Hubungi saya sekarang:
 
 
 
 

Sunday 23 September 2012


Apa yang anda dapat bila anda jadi pengedar GCP?

1-Syarikat bumiputra Islam
GCP ditubuhkan pada tahun 2009 oleh sepasang suami isteri iaitu en. Shamsul anuar b. Md Ali berasal dari Felda Gedangsa Hulu Selangor & pn. Norliza bt Ngatiman berasal dari Desa Temu Jodoh Segamat yg merupakan bekas guru dan telah berkhidmat selama 11 tahun dlm bidang perguruan. 
Bersandarkan pengalaman mendidik modal insan serta kajian yg dilakukan dalam industri emas, beliau telah membuat keputusan utk bergiat secara sepenuh masa dalam industri emas dgn memberi peluang kepada Bumiputra MUSLIM khasnya utk menceburi bidang perniagaan emas.
Jika kita boleh membeli produk non-muslim dan support mereka,why not support company muslim?Company muslim membayar zakat,untuk apa?Untuk meningkatkan ekonomi orang Islam juga.Asalkan emas,apa2 jenama pun boleh tetapi lebih afdhal kita menyokong syarikat orang Islam terlebih dahulu.

2-Modal kecil
Ramai yang mampu bermula dengan caj pengedar serendah RM1k (PROMOSI SAHAJA akan diTAMATKAN pada bila-bila masa) bayaran ini adalah nilai untuk mendapatkan semua keistimewaan yg diberi kepada pengedar.

3-Harga pengedar yang sangat MURAH! 
Membolehkan anda mendapat LEBIH GRAM emas dgn jumlah wang sama jika anda membeli di tempat lain.
Pengedar boleh dikatakan mendapat harga borong dan murah.

4-Produk terkini dan sensasi
Sentiasa ada produk terkini yang menarik dari semasa ke semasa GCP sentiasa ada kejutan produk dan penambahan produk dari semasa ke semasa.Tidak mustahil nanti,pelbagai design akan muncul maka beruntunglah mereka yang merebut peluang sekarang kerana kos menjadi pengedar pada masa akan datang mungkin lebih tinggi.

5-Kos penghantaran PERCUMA kepada pengedar dan pelanggan
Anda tak perlu ke cawangan ambil stok,prosedurnya mudah,jimat masa dan tenaga.Konsep “Tempah-Bayar-Tunggu” membuatkan ramai pengedar tertarik. Keselamatan barang dijamin oleh GCP (Money Back Guarantee).

6-Servis mantap,bersistem dan amat dipercayai.
Ramai yang menjadi pengedar GCP secara sambilan sahaja dan tak perlu bersusah payah kerana urusan pembelian dan penghantaran produk diuruskan oleh staff GCP yang mesra dan sedia melayani anda dengan baik. 
Anda tak perlu risau tentang keselamatan emas dan wang anda kerana selama lebih 3 tahun beroperasi tiada langsung masalah yang timbul malah masyarakat semakin mengakui GCP yang TERBAIK dengan peningkatan pengedar GCP mencecah 4000 orang.

7- Menyediakan bantuan MODAL dalam stok emas dan wang tunai.
Anda tak perlu Stok banyak. Anda hanya menggunakan bantuan pemasaran PERCUMA yg GCP berikan utk mencari pelanggan dan GCP akan menghantar terus tempahan kpd pelanggan anda. Keuntungan daripada transaksi tersebut GCP berikan kepada anda.
Begitu juga sekiranya pelanggan anda ingin menjual semula emas kepada anda, GCP akan menyediakan wang tunai utk anda membeli semula emas pelanggan anda.
*Tertakluk kepada terma & syarat.

8- Bantuan pemasaran - Seminar PERCUMA.
GCP menaja sepenuhnya seminar yang ingin diadakan oleh pengedar. Bantuan promosi spt iklan akhbar, Flyers, Banner, cenderahati kpd peserta diberikan PERCUMA.

9- Bantuan pemasaran - PERCUMA iklan media massa seperti akhbar dan majalah.
GCP semakin dikenali kebelakangan ini kerana sering masuk akhbar,dan ramai pengedar yang dapat masuk akhbar secara percuma.Jika inginkan ruang yang lebih,anda cuma perlu keluarkan modal yang minimum dan hasilnya anda juga akan semakin dikenali. 50% bantuan (tajaan) jika masuk radio/tv

10-Bantuan pemasaran online
PERCUMA website sendiri utk pemasaran online (semua pengedar lama dan baru akan diberi url website sendiri mulai 1 Oktober 2012)

11-Bimbingan PERCUMA
Personal coaching PERCUMA secara online dan offline.
Anda berpeluang berkongsi tip,panduan dan pelbagai ilmu simpanan emas,teknik pemasaran,perniagaan bersama dealer-dealer berpengalaman dan CEO GCP sendiri.

12-Insentif pengedar dan insentif bulanan
Pengedar mendapat insentif dealer get dealer,insentif pembelian dan ganjaran dari syarikat mengikut terma dan syarat yang ditetapkan

13-Perkhimatan selepas jualan
-GCP menyediakan mesen khas utk anda mencuci emas anda di pejabat GCP secara PERCUMA.
-Rundingcara dan penilaian nilai emas secara PERCUMA

14- Jaminan beli balik 
GCP memberi jaminan beli balik produknya walaupun calar,tergores dan plastik dibuka kerana ia akan dinilai pada berat dan ketulenannya.Sila simpan resit belian anda.

Utk mendapatkan semua faedah tersebut anda hanya perlu mendaftar sebagai pengedar GCP:-

CARA MENDAFTAR 
1) Buka website www.gcp.com.my 
2) Klik register dan masukkan nama dan nombor I'd introducer (pengedar GCP yg memperkenalkan anda kpd GCP) -AD3736
3) Isi borang yg disediakan dan ikut arahan hingga akhir. 
4) Bank in RM 1,000 (Bayaran untuk mendapatkan semua faedah & kelebihan pengedar) ke akaun Maybank Goldcrest Pavilion sdn bhd 505103003954 dan sms waktu bayaran ke 012-988 3145 atau email bukti bayaran, serta dokumen yg diperlukan ke sales@gcp.com.my. 
Pendaftaran dan tempahan emas akan diproses oleh pihak GCP dalam tempoh 24jam mengikut masa bayaran dibuat. 
Kata nama/kata laluan akan dihantar melalui email dan sms. 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (untuk dapatkan id tag dan kad perniagaan PERCUMA)

1)Satu salinan kad pengenalan 

2)Dua keping gambar ukuran passport

3)Salinan bil elektrik/air/te lefon kediaman terkini. 

Email dokumen kepada cik siti fatimah : admin@gcp.com.my 

PENUTUP 
Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. Kerana Rasulullah telah bersabda; akan tiba suatu zaman, tiada yg lebih berharga kecuali emas dan perak.

Maklumat tambahan tentang GCP:-

HOTLINE: 1-700-81-7969
: 012-988 3145 

Website rasmi : 
www.gcp.com.my

Wednesday 12 September 2012

7 Takut atau fobia orang Melayu bila sebut fasal simpanan emas fizikal





Sebelum saya mula eloklah saya terangkan dahulu, bahawa nukilan di bawah ini bukanlah suatu fakta yang anda boleh percaya 100%, tetapi nukilan ini terhasil dari pengalaman pengalaman berbual bual dengan saudara mara, rakan sekerja, rakan sekolah, orang tak dikenali sama ada secara bersemuka, private message, telefon dan sms.

Kenapa saya letak perkataan melayu di atas? Sebabnya saya belum pernah lagi berbual dengan orang bukan Melayu tentang emas.

Antara perkara yang biasa saya dengar bila bercakap pasal simpanan emas fizikal ialah:

1) Takut kena zakat.
Yup, ini duduk "ranking" no. 1. Kebanyakan dari mereka seperti "mengeluh" atau "takut" kena bayar zakat kalau simpan emas. Alhamdulillah, dari satu segi, ini menunjukkan, betapa orang Melayu Islam di sini rata ratanya mengambil berat tentang zakat, dan ini suatu perkara yang harus dipuji. Tetapi dari satu sudut yang lain, janganlah jadikan zakat sebagai penghalang untuk membuat perlaburan atau simpanan emas, bukankah zakat itu suatu ibadah? Ibadah yang menyuburkan harta. Dan rata2 yang ditanya masih tak faham beza antara zakat emas yang dipakai dan emas perlaburan, uruf2 menurut negeri2 di malaysia dan cara mengira zakat emas yang perlu di bayar.
Untuk info zakat emas boleh "klik" di pautan ini http://mygoldtrading.blogspot.com/2012/01/zakat-emas.html


2) Takut kena rompak, tak tahu bagaimana nak simpan atau di mana nak simpan
Ini pun selalu saya dapat feedback.Tak dinafikan, risiko untuk berlaku kecurian, rompakan. kebakaran dan seangkatan dengannya memang ada. Tetapi cuba anda fikirkan semula, barang apa yang tak dicuri orang kalau tak dijaga? Baru baru ini saya telah kehilangan 2 penutup tiub tayar motor, selepas 4 hari motor saya dibiarkan di tempat yang sama di suatu tempat letak motor tempat saya bekerja.

Eh apa kaitan penutup tiub motor tuh dengan emas bro, lu biar betul !!!!!!

Apa yang nak saya terangkan, setiap risiko pasti ada cara mengatasinya atau paling tidak meminimumkan potensi risiko risiko tersebut dari terjadi . Dalam hal menyimpan emas, jika sedikit2 bolehlah diusahakan simpan di suatu tempat rahsia di dalam rumah. Tapi kalau simpanan emas tuh dah sampai berkilo kilo, takkan orang sekaya anda tak mampu nak cari safe deposit, berlambak bank sediakan safe deposit dengan kadar yang wajar kat luar sana tuh. Barang anda, menjadi tanggungjawab anda menjaganya dengan baik.Dan jangan lupa berdoa dan bertawakal pada Allah dalam segala hal yang kita usahakan.

eh jap, apa kaitan tiub moto tadi dengan simpan emas. Kaitannya, saya sudah tahu risiko parking di situ, tetapi saya boleh minimumkan risiko risiko kerosakan atau kehilangan dengan mencari kawasan kawasan yang terang, dekat dengan pintu pagar keluar masuk pekerja, memasang "extra" lock pada roda dan seangkatan dengannya.

3) Takut rugi yakni rasa mahal masa nak beli,  rasa rugi bila jual semula
Ini selalu dibimbangi bagi mereka yang terbiasa dengan skim cepat kaya, dapat dividen bulan2, atau memang tak tahu langsung pasal investment. Golongan ini tak berapa faham konsep tempoh minimum untuk dapat keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual. Saya tak salahkan mereka, sebab saya sendiri pun berfikiran macam ini, sebelum saya dicelikkan dengan izin Allah melalui pembacaan, tontonan video dan perbincangan forum mengenai realiti wang yang sebenar.
Bila kita tahu penipuan wang kertas yang sudah lama bertapak dan sudah makin hampir ke penghujung hayatnya, anda akan tahu, betapa bernilainya emas.

Apa yang saya dapati, kebanyakan dari mereka ini juga hanya tahu, emas hanya sebagai perhiasan wanita dan hanya boleh di beli di kedai kedai emas sahaja.

Dan bila hanya tahu kedai emas sahaja boleh emas, bila nak jual semula pun di kedai emas sahaja, di mana, harga emas terpakai adalah 15 hingga 25% lebih rendah dari harga pasaran semasa. Begitu juga harga jualan di kedai emas yang rata rata lebih tinggi premium dan kos upahnya. Sebab itu ilmu penting sebelum memulakan sesuatu perlaburan, dan salah satu nak dapatkan ilmu kenalah membaca, bertanya dan berbincang dengan orang yang anda rasa boleh dipercayai.

4) Takut kena tipu emas palsu atau kurang ketulenannya.
Ada jugak yang risau ditipu. Nasihat saya, belilah dari orang yang anda percaya, dan jangan terburu buru mencari harga yang murah dikhuatiri ada penipuan boleh berlaku. Anda boleh rujuk senarai pengedar pengedar yang sah sebelum anda berurusan dengan seseorang.

5) Takut bila emergency, susah nak "cairkan" pada wang kertas.
Jangan bimbang, selagi emas di tangan anda, anda sebenarnya memliki "ibu duit". Dengan kemudahan pajakan "Arrahnu", di bank rakyat, agro bank, koperasi koperasi dan institusi yang menjalankan operasinya secara sah, anda boleh dapatkan wang dengan segera dan berpeluang menebus kembali emas anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.

6) Takut susah nak bahagi2 pada anak2 bila kita dah mati nanti
Ini mungkin jarang anda dengar tapi memang ada berlaku di kalangan orang yang saya kenali.
Ibunya telah meninggal dunia dan meninggalkan ± 40 gram barang kemas dan menjadi kesulitan untuk dua orang anak lelakinya membahagikan harta tersebut secara adil.

Saya bagi 3 solusi pada mereka:
1) Jual pada peraih emas, dapat duit bahagi samarata

                  ATAU

2) Salah seorang beli emas tersebut pada harga emas terpakai dengan kiraan berat separuh dari jumlah  gram keseluruhannya(tapi cadangan ini sukar nak dibuat sebab ketulinan barang kemas berbaza dalam kes ini)


                  ATAU

3) Salah seorang Pajak di Arrahnu, ambil duit tersebut dan bayar duit pada seorang lagi dengan harga nilaiaan separuh dari nilai marhun emas yang dipajak tersebut kemudiaan tebus semula emas dalam jangkamasa yang ditetapkan.

Kawan saya memilih pilihan no 1 kerana beliau tidak beani mengambil risiko berhutang dan cara 1 adalah paling mudah.

Bagaimanapun,di sebalik cerita di atas,saya ingin menggambarkan betapa beruntung kawan saya dan abangnya kerana ibunya meninggalkan emas untuk mereka. Kerana 30-40 tahun dahulu, seandainya arwah ibunya menyimpan sbg contoh rm 1000,  apakah nilai kertas rm 1000 bertambah? rm 1000 tetap rm 1000 tetapi nilai atau kuasa beli nya semakin berkurangan. Berbeza dengan emas fizikal, harganya meningkat saban tahun, menjadikannya pelindung inflasi harta kekayaan kita. Jadi lebih baik simpan emas, jika memang anda berhajat untuk mewariskan harta pada anak anak anda nanti.

7) Takut bini nak pakai emas tersebut walhal kita beli untuk buat investment je(bg kes barang perhiasan la)
Ok, saya pun tak tahu bagaimana nak bagi nasihat. Pada saya, kalau saya di tempat suami tersebut, saya akan bagi penerangan awal2,

dengan buat2 muka comel dan suara manja2 gitu.
Suami mithali,"ayang, yang rantai ni abg hadiahkan utk ayang, ni ayang punya tau...yang rantai tangan tu abang punya tau, itu"investment" abang, tapi kalau ayang nak pakai jugak pakailah, abang tak kisah, janji ayang jaga elok2 ye"...

dan mungkin anda akan dapat jawapan ni

Isteri mithali , "Ya Allah abang, susah2 aje abang nie, tapi abang dah offer tak baik tolakkan hihihi"

ataupun

Isteri cemburu buta," Investment? investment ape kebendanyer abang ? Invest nak kawin lagi satu ????!!!"


Haha.Sekian sahaja nukilan saya pada malam ini. Seperti yang saya ungkapkan di awal karangan ini, ini bukanlah 100% benar, tetapi hanyalah berdasarkan pengalaman pengalaman saya daripada perbualan perbualan dengan orang orang yang sudi berbual dengan saya tentang emas dan simpanan emas.Akhir kata apa yang baik ambillah pelajaran darinya dan yang kurang baik itu dijadikan sempadan.  Jom jadikan sebagai simpanan alternatif anda, 1 bulan 1 gram insyaAllah =).



HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Email: zurahanim.anual@gmail.com

GCP Authorised Dealer: AD 3736


MODAL EMAS VS TABUNGAN EMAS


Salam..
Dalam entry kali ini,saya ingin kongsikan sedikit pandangan saya mengenai trend pelaburan/simpanan emas di Malaysia yang semakin berkembang sejak tahun 2008.Terkejut?Sebenarnya lebih awal dari itu pun ada yang dah bermula,tapi bilangannya agak sedikit.Hanya selepas tahun 2009 semakin ramai yang beralih arah kepada simpanan emas.Dan jumlahnya terus bertambah sehingga kini.

Emas adalah wang yang ada nilai intrinsik di dalamnya
Saya lebih suka menyebut emas sebagai simpanan emas kerana inilah tanggapan saya terhadap emas.

Emas adalah wang yang sebenar
Kenapa?
Teruskan membaca,InsyaAllah anda akan faham.
Simpanan atau pelaburan?
Simpanan emas memainkan peranan sama seperti fungsi wang kertas yang disimpan di bank,amanah saham dan unit trust.Sudah tentu kita ingin menyimpannya lama kerana ia adalah untuk jaminan kewangan masa depan dan keperluan tertentu seperti tabung pendidikan anak-anak dan tujuan kecemasan.Simpanan emas bersifat jangka masa panjang,mungkin boleh dikatakan melebihi 10 tahun.Jangka masa sederhana pula ialah sekitar 4-5 tahun.

Emas menguntungkan penyimpannya untuk jangka masa panjang
“Saya ingin membeli emas,nanti harga dah naik,saya nak jual”…ini biasa diajukan kepada saya.
Ya..inilah yang dinamakan pelaburan.Jual emas selepas kenaikan harga.Prinsip ini dinamakan‘buy low,sell high’.
Biasanya saya akan tanya kembali ” dapat duit hasil jualan emas tersebut,nak buat apa?”
Jika disalurkan kepada sesuatu yang berharga juga seperti membeli aset lain seperti rumah,tanah dan nak buat modal bisnes..go on.
Ada juga yang menjual semasa harga tinggi,dan merancang untuk membeli semula semasa harga rendah.Tak sesuai untuk orang yang tak ada kemahiran dan sibuk macam saya sebab saya suka beli dan tunggu,bukan tunggu baru beli.Kalau dah beli pun saya buat-buat tak ingat,tak adalah nak tengok harga selalu :)
(Tapi memang awal2 beli emas dulu saya pun teruja hari2 nak tengok harga emas naik atau tidak..masa tu kurang ilmu lagi :)
Jadi,pesanan saya pada orang baru,mahupun lama yang suka sangat tengok harga emas hari-hari itu,cubalah kurangkan,lainlah kalau nak menjual,memang kena tengok. .hehe..
Sebenarnya,bila kita anggap emas sebagai simpanan,tak semestinya kita tidak buat pelaburan.Sebagai contoh:
Contoh 1
Jika anda menyimpan 10g setiap tahun bagi seorang anak,untuk menampung pengajiannya sejak dia lahir lagi,maka 18 tahun kemudian jumlah terkumpul ialah 180g.
Agak-agak 18 tahun lagi berapa harga emas tersebut?Secara tidak langsung kita telah pun melabur juga sebenarnya,tapi melabur dengan matlamat jangka masa panjang.
Contoh 2 :
Ahmad menyimpan emas sedikit demi sedikit :
-20g setahun untuk menampung kos perkahwinannya

100g emas cukup untuk sebuah majlis perkahwinan yang sederhana
-10g setahun untuk menunaikan haji

Simpan emas bar atau dinar untuk pergi haji-bilangan dinar yang diperlukan semakin berkurangan
-20g setahun masuk dalam tabung simpanan jangka masa panjang (mungkin untuk diwariskan pada anak-anak)
-10g setahun untuk keperluan hari tua
Semua yang disebutkan di atas adalah perancangan untuk masa depan kita dan bersifat “long term” (jangka masa panjang).Kalau mampu simpan lebih,simpan lebih gram,jika tak mampu jangan tak simpan langsung,simpanlah walaupun sedikit,contohnya 1 gram sebulan.
Jadi semua golongan boleh mula menyimpan emas kerana kini amat mudah untuk mendapati emas dalam gram yang kecil seperti gold bar 1 gram dan barang kemas 1- 5 gram.Tiada alasan tidak mampu membeli atau emas mahal.(Emas tak pernah murah,dari dulu hingga kini).
Satu masa nanti,bukankah bila Ahmad menjual emasnya, katalah beberapa tahun akan datang,pada waktu itu harga emas sudah tinggi berbanding sekarang?
Inilah yang saya katakan sebagai menyimpan sambil melabur juga secara tak langsung.
Orang yang melabur semata-mata boleh jadi dia kurang “menyimpan” emas,tetapi penyimpan emas,boleh simpan sambil melabur.Pilihan di tangan anda.

Emas adalah wang
Ya,emas adalah wang yang sebenar.Wang kertas yang anda pegang itu juga memang wang,yang diperakui nilainya oleh kerajaan yang memerintah.Tapi ia bersandarkan apa?
Bukankah semua yang mempunyai takrifan perlu ada unit yang disandarkan,sebagai contoh :
Masa=s
Panjang=m
Berat =g
Wang kertas =?

Tukar wang kepada emas

Tiada.Ya,tiada sandaran sebagaimana yang diwar warkan sesetengah pihak,bahawasanya wang kertas dicetak berdasarkan rizab emas negara.Jika benar,mengapa inflasi terus berlaku dan mengapa wang kertas terus susut nilai dari semasa ke semasa?
Inilah yang membuktikan emas adalah wang yang sebenar.Ia adalah penyimpan nilai yang baik.Sebab itu selamat siapa yang menganggap emas sebagai simpanan.Selalu saya jumpa,orang yang menganggap emas sebagai pelaburan,kecewa bila nak jual dalam jangka masa pendek,kerana graf emas sedang menurun dan belum melepasi harga yang dibelinya dulu jika jual.Inilah yang sering terjadi akibat ingin keuntungan jangka masa pendek.Namun tak dinafikan,ramai juga yang berjaya menjadi pelabur yang baik dengan pelbagai teknik dan menambah jumlah simpanan emas mereka.Tak salah.
Tapi bagi saya yang sibuk,dan tak ada masa nak mengadap harga emas dan graf turun-naiknya,lebih selesa sebagai penyimpan emas.Beli-simpan-tidur dengan lena.Pejam celik selepas beberapa tahun,emas pun makin bertambah hasil pembelian secara konsisten dan harganya pun makin naik. :)
Perlu modal untuk beli emas?
Jika saya tanya anda,adakah anda membuat simpanan wang di bank sebelum ini,atau pun tabungan di rumah?
Jika ya,jawab soalan saya seterusnya.
Adakah anda perlukan modal untuk mula menyimpan wang untuk digunakan bila kecemasan atau tabungan untuk masa depan anda tersebut?
Semua orang mula menyimpan sedikit demi sedikit,hasil penjimatan dan hasil lebihan gaji mereka.So,tiada modal yang diperlukan bukan?Cukup anda bermula sedikit demi sedikit mengikut kemampuan anda.Yang penting>KONSISTEN.

Pelbagaikan jenis simpanan emas anda dalam bentuk dinar,gold bar dan barang kemas
Apa yang saya hendak betulkan di sini ialah,ramai menganggap beli emas perlukan modal dan modalnya mesti besar.Inilah kesilapan ramai orang,bila menganggap emas sebagai pelaburan semata-mata.Sedangkan pada zaman dahulu,emas dan perak telah pun dijadikan matawang untuk jual-beli.Jadi,kalau nak simpan untuk jangka masa panjang,simpanlah dalam bentuk logam berharga.
Tabungan emas
Sebagaimana anda menyimpan wang kertas di rumah mahupun bank,begitulah juga konsep simpanan emas ini.Simpanlah mengikut kemampuan,sikit-sikit,lama-lama jadi bukit emas.Sebagaimana anda berlumba-lumba menambah simpanan wang di bank,amanah saham,begitu juga anda perlu ubah persepsi anda sekarang.Tapi,janganlah pula 100% simpanan ditukarkan kepada emas,cukuplah 50%-80% dari simpanan,mengikut keperluan dan iklim kewangan masing-masing.Saya sendiri sudah menukarkan simpanan saya dalam bentuk emas sehingga 90% kerana saya juga merupakan pengedar emas.Jadi,saya boleh jual emas saya dengan mudah ikut harga semasa kerana ada permintaan.Selebihnya lebih kurang 10% saya simpan dalam bentuk wang kertas untuk keperluan kecemasan yang perlu tindakan segera.
Simpanlah dengan niat untuk :
-Tabungan untuk diri sendiri
-Pendidikan anak-anak
-Tunaikan haji
-Tampung kos perkahwinan
-Diwariskan kepada anak-anak sebagai pusaka
-Diinfakkan sebahagian ke jalan Allah swt
-Jika cukup haul dan nisab,maka bersyukurlah kerana menjadi salah seorang yang layak membayar zakat.

Anak anda tak memerlukan pinjaman ini jika anda sudah menyimpan emas dari mereka kecil
Menabunglah emas dari sekarang jangan tunggu ada duit yang banyak baru nak mula.Mulakan sedikit demi sedikit,lama-lama jadi bukit.Sekiranya anda mendapat bonus mahupun tunggakan gaji,maka jangan bazirkannya untuk perkara yang kurang berfaedah sebaliknya manfaatkanlah sebaik mungkin.
Pengalaman saya,inilah masanya untuk saya menambah stok simpanan emas saya,biarlah saya tak bergaya dengan hand bag baru,beg baru ,pakaian mengikut trend,tudung mengikut fesyen mahupun kasut baru.Saya memang kurang minat membazir dan membeli bila ada keperluan,jarang sangat ikut kehendak hati.Namun sejak mengenali simpanan emas,saya menjadi lebih berhati-hati supaya tidak membazir (2 kali ganda? )… ;)

Simpan emas sikit-sikit,lama-lama jadi bukit

Jika anda berminat untuk membuat belian bulanan secara konsisten mahupun mengikut kemampuan anda, tawaran menjadi pengedar hanya RM 1000. Rebutlah peluang ini sekarang. Anda dapat beli emas dengan harga murah dan tentunya anda dapat meningkatkan simpanan emas anda. Jangan berlengah lagi. Tukar tunai anda kepada emas!

   HUBUNGI SAYA SEKARANG UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Email: zurahanim.anual@gmail.com