Tuesday 28 August 2012

Bagaimana anda boleh menunaikan haji dengan hanya menyimpan dinar?



Berikut adalah kos yang diperlukan untuk menunaikan ibadah haji di dalam dinar.
Tahun 2002 – 1 Dinar = RM 140.00, perlu 64 Dinar
Tahun 2003 – 1 Dinar = RM 168.00, perlu 54 Dinar
Tahun 2004 – 1 Dinar = RM 202.00, perlu 45 Dinar
Tahun 2005 – 1 Dinar = RM 242.00, perlu 37 Dinar
Tahun 2006 – 1 Dinar = RM 290.00, perlu 31 Dinar
Tahun 2007 – 1 Dinar = RM 348.00, perlu 26 Dinar
Tahun 2008 – 1 Dinar = RM 418.00, perlu 22 Dinar
Tahun 2009 – 1 Dinar = RM 502.00, perlu 18 Dinar
Tahun 2010 – 1 Dinar = RM 645.00, perlu 15 Dinar
Berdasarkan fakta di atas.. kita dapati trend kos menunaikan haji dalam kepingan dinar menurun.. Ini disebabkan kenaikkan harga emas yang semakin meningkat dari tahun ke tahun..
Kesimpulannya.. Kita hanya perlu menyimpan bilangan kepingan dinar pada satu – satu bilangan sahaja tanpa perlu lagi menambah apabila kepingan dinar tersebut telah dicapai sehingga tiba waktu kita menunaikan haji.. Ada kemungkinan juga.. Ada lebihan kepingan dinar pada masa kita ingin menunaikan ibadah tersebut..
Bagaimana kita boleh menyimpan hanya untuk setahun sahaja??
Dengan mengambil contoh di atas.. Kos pada tahun 2002 (kira ikut keping dinar) adalah sebanyak 72 Dinar.. Pada tahun 2010 pula kosnya hanya 15 Dinar.. Jadi.. katakanlah kita mula menyimpan dinar pada tahun 2002 (kos 72 Dinar) dengan simpanan sebanyak 1 Dinar / bulan.. cukup sehingga hujung tahun.. jumlah dinar yang disimpan adalah 12 Dinar.. Pd tahun 2002… kita masih lagi belum boleh menunaikan ibadah tersebut.. sebab tak cukup lagi untuk tampung kos keseluruhan..
Nak dijadikan cerita.. kita tidak lagi dapat menyimpan 1 Dinar/bulan seperti biasa untuk tahun – tahun mendatang.. “Fast forward” sehingga tahun 2010.. Kos menunaikan haji hanya 15 Dinar.. Kita hanya “short” dalam 3 Dinar (dari simpanan  2002 sebanyak 12 Dinar).. Kalau nak tunaikan haji pada tahun 2010… kita perlu tambah lagi 3 Dinar.. Kalau tidak.. kita perlu tunggu sehingga 2011..
Betul ke?? ok mari kita kira..
Kita kira dulu jumlah kos menunaikan haji dalam RM
2002 = RM 8 960 (64 Dinar x RM 140)
2003 = RM 9 072 (54 Dinar x RM 168)
2004 = RM 9 090 (45 Dinar x RM 202)
2005 = RM 8 954 (37 Dinar x RM 242)
2006 = RM 8 990 (31 Dinar x RM 290)
2007 = RM 9 048 (26 Dinar x RM 348)
2008 = RM 9 196 (22 Dinar x RM 418)
2009 = RM 9 036 (18 Dinar x RM 502)
2010 = RM 9 720 (15 Dinar x RM 645)
Purata kos menunaikan haji untuk 9 tahun tersebut adalah RM 9 118
tadi dah kira purata kos dalam RM adalah RM 9 118.. Harga 1 Dinar sehingga saya menulis ini adalah RM 778 (1 Nov 2011 @ 18:55hrs).. Bahagikan.. RM 9 118 / RM 778 = 11.7 Dinar… Haaa.. dah boleh pergi dah laa… Tadi dah kumpul 12 Dinar pada tahun 2002.. Sekarang kos pun lebih kurang 12 Dinar.. boleh la tunaikan ibadah haji pada tahun 2011… hehe..
Maka, kesimpulannya.. kita hanya memerlukan masa hanya setahun untuk menyimpan bagi menunaikan ibadah haji.. Selepas itu.. tidak perlu lagi menyimpan untuk keperluan tersebut.. boleh simpan “fund” itu untuk keperluan lain pula.. tetapi.. perlu membuat simpanan dalam dinar dan perlu bersabar menunggu masa yg sesuai.. Sekiranya kita berkemampuan.. kita boleh terus menyimpan dalam dinar dan masa untuk menunaikan haji pula boleh dipendekkan..

Thursday 23 August 2012

Sumber artikel: http://www.pakdi.net/islam-tidak-suruh-umatnya-jadi-kaya/



Garu kepala.
Bukan sekali dua.
Dah banyak kali terbaca dan terdengar.
Islam tidak pernah menghalang kita semua mencari harta kekayaan asalkan melalui cara yang halal dan membayar zakat apabila sampai masanya.
Berikut adalah 8 jawapan untuk persoalan sebegini. Kalau terdengar dan terbaca, selalunya saya senyapkan sahaja, melainkan kalau ada orang bercakap terus dengan saya.
#1 Nabi tak suruh umatnya jadi kaya!
Habis tu nak suruh Yahudi ke bayar zakat?
#2 Harta tak boleh bawak masuk kubur.
Harta yang jadi sedekah jariah boleh aje.
#3 Orang kaya semua jahat, makan rasuah, tamak.
Lembaga Zakat Selangor pada 2011 kutip RM 393.5 juta. Orang jahat rupanya yang bayar zakat ni.
#4 Orang yang nak jadi kaya ni golongan kapitalis!
Oh, jadi ok lah umat Islam jadi pengemis?
#5 Buat apa jadi kaya, syukur dengan apa yang ada.
Alhamdulillah, surau taman kita dah 7 tahun tak siap-siap lagi. Agaknya missionaries Kristian mana yang nak sumbang duit ye?
#6 Yang penting ilmu, bukan harta.
Iya lah. Sebab tu kena pinjam PTPTN nak masuk universiti kan.
#7 Qarun je yang suka kumpul harta ni.
Dah orang baik-baik macam kau tak mahu, Qarun kautlah semua.
#8 Kena zuhud syeikh. Duit, saham, emas semua ni dunia.
Nanti kau dah masuk gaji, transfer duit tu ke akaun bank aku ye. Aku banyak hutang lagi ni belum selesai.

Kita hendak jadi kaya bukan untuk bermegah-megah, tetapi menggunakan rezeki yang Allah limpahkan itu untuk berkongsi dengan orang lain. Ingat, bukan semua rezeki yang Allah bagi pada kita itu kita yang punya. Ada bahagian orang lain dalam rezeki kita itu. 
Jadi, bagaimana hendak bermula? Mulakan menyimpan dengan membeli emas. Nescaya anda tidak rugi.  Jom tukar tunai anda kepada emas!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:
Email: zurahanim.anual@gmail.com
FB: www.facebook.com/goldemasperaksilver.


Monday 20 August 2012

TIPS MENAMPAL KEBOCORAN WANG


Seminar Wang Power - Tip Pengurusan Wang



Dalam Seminar Wang Power, tim Majalah Niaga memperoleh kesempatan untuk mendapatkan sedikit sebanyak ilmu, yang dikongsikan oleh dua mentor kewangan dan kejayaan Malaysia iaitu Abang Abu dan Dr. Azizan Osman.
Artikel kali ini akan membawa pendekatan terhadap status kewangan kita.
Adakah kita sedar punca kemiskinan datangnya daripada minda? Seminar Wang Power yang dikendalikan oleh Dr. Azizan Osman untuk sesi yang pertama menjurus kepada penekanan minda terhadap wang dan kekayaan.
Menurutnya, perbezaan ketara antara minda orang kaya dan orang miskin adalah cara mereka berfikir terhadap wang.
Seminar Wang Power - Kuasai Wang Kuasai Kekayaan

Kebocoran Wang – Masalah Kritikal Rakyat Malaysia

Beliau juga turut menerangkan, rakyat Malaysia mengalami masalah kritikal dalam pengurusan kewangan iaitu kebocoran wang. Di mana kita tidak sedar duit kita pergi ke mana setiap bulan.
Lebih menarik, sebenarnya kita sendiri merancang untuk membocorkan wang itu. Bagi seorang pekerja, situasi ini biasanya berlaku ketika kita hampir memperoleh gaji setiap akhir bulan.
Minda kita sudah merancang mahu membeli barang yang diimpikan, membayar beberapa keperluan, dan pelbagai lagi. Keputusan ini yang membuatkan ramai orang terjerumus dalam masalah ‘saya tidak cukup wang.’
Mereka lebih mementingkan orang lain berbanding diri sendiri. Dalam fikiran mereka, membayar bil-bil lebih penting daripada membayar kepada diri sendiri.

3 Rahsia Menampal Kebocoran Wang

Semasa menghadiri Seminar Wang Power, berikut adalah dapatan kami terhadap jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kebocoran wang.
  1. Jangan bagi pinjam duit.
  2. Tahu kehendak, tahu keperluan.
  3. Belajar simpan wang.
Rahsia #1 – Jangan Bagi Pinjam Duit
Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu sudah terbiasa dengan aktiviti memberikan wang pinjaman tanpa kontrak kepada rakan-rakan atau saudara mara. Masalah yang biasanya dihadapi oleh mereka yang gemar memberikan pinjaman ini adalah, kesukaran untuk memperolehnya semula.
Seminar Wang Power - Jangan Bagi Pinjam Duit



Justeru itu, nasihat Dr. Azizan Osman terhadap lebih 2,000 peserta di Seminar Wang Poweradalah kita tidak boleh meminjamkan wang kepada orang sekeliling.
Namun begitu, ia tidak bermaksud kita menanamkan sifat kedekut dalam diri. Sekiranya kita ingin memberikan wang pinjaman, berikan dalam jumlah yang kita mampu sahaja.
Tuan dan cikpuan boleh rujuk contoh situasi ini:
“Ahmad, boleh aku pinjam RM10,000?”
Jawapan Ahmad terhadap rakannya akan berbunyi seperti berikut:
“Saya minta maaf, saya tidak berikan pinjaman RM10,000 kepada awak. Tetapi saya boleh berikan RM100. Ini sahaja yang saya mampu.”
Contoh di atas menjelaskan, jangan sesekali memberikan wang untuk dipinjamkan jika jumlah itu di luar kemampuan kita. Dikhuatiri nanti kita yang akan hidup merana selepas memberikan pinjaman.
Berikan wang pinjaman yang kita mampu dan tidak risau jika ia tidak mampu dipulangkan semula dalam jangka masa terdekat. Ia lebih menenangkan hati.
Rahsia #2 – Tahu Kehendak, Tahu Keperluan
Kehendak dan keperluan adalah dua maksud yang berbeza. Lumrah manusia mempunyai kedua-duanya. Namun begitu, sebagai manusia biasa, kita mempunyai pilihan untuk mengawalnya.
Seminar Wang Power - Tahu Kehendak Tahu Keperluan


Manusia yang mengalami masalah kebocoran wang adalah mereka yang gagal mengenal pasti keperluan dan kehendak dalam kehidupan seharian. Kebanyakan masa, kita anggap kehendak itu satu keperluan.
Kehendak adalah sesuatu yang kita rasa kita mahu dapatkan, tanpa mengambil kira tentang kesannya untuk jangka masa panjang. Contohnya, kita hendak membeli iPhone 4S kerana terpengaruh dengan rakan-rakan.
Tindakan membeli barang berlandaskan kehendak biasanya akan merugikan diri kita. Ini punca kebocoran wang yang paling ketara dan selalu berlaku.
Justeru itu, Dr. Azizan menasihatkan agar para peserta untuk sentiasa tanya soalan ini sebelum membeli sesuatu.
“Adakah aku betul-betul perlukan benda ini?”
Rahsia #3 – Belajar Simpan Wang
“Sedikit-sedikit, lama-lama wang berbukit.”
Semasa kecil, kita sering dinasihati oleh kedua orang tua untuk menyimpan dan belajar menabung. Menyimpan wang adalah aktiviti yang mendorong kepada kekayaan.
Seminar Wang Power - Belajar Simpan Wang


Kesilapan orang yang miskin wang adalah mereka yang gagal menyimpan wang dengan baik. Biasanya wang simpanan itu akan digunakan sebagai ‘wang kecemasan’ dan sewaktunya.
Apa yang perlu kita lakukan adalah mewujudkan satu akaun khas untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan keseluruhan setiap bulan. Kemudian buang atau bakar semua maklumat mengenai amaun yang ada dalam akaun itu.
Anggap ia sebagai wang hangus. Dalam masa 10 hingga 15 tahun, wang itu akan berkembang menjadi ratusan ribu. Kemudian ia boleh digunakan untuk membeli barang impian kita atau memulakan pelaburan.
Pendek kata, bertindak sekarang! Tampal kebocoran wang anda dengan memulakan simpanan emas. Kalau anda tidak mulakan sekarang, anda akan mencari pelbagai alasan untuk tidak memulakannya. ACT NOW!

Monday 13 August 2012

SIMPANAN EMAS MELINDUNGI MASA DEPAN KEWANGAN ANDA






Perbezaan Harga Barang Untuk Tahun 2000 dan 2012

 
Hampir 99% masyarakat di dunia menyangka harga barangan dan servis semakin mahal dari semasa ke semasa. Kerana mereka tidak mengerti apakah ‘wang’ yang sebenar. Sebenarnya jika diperhatikan dengan teliti, harga barangan dan servis adalah semakin murah hari demi hari. Dari tamadun Yunani, Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan emas sebagai ‘wang’. Jika anda mengukur harga sesuatu barangan berdasarkan emas dan bukanya ‘matawang’, anda pasti akan mendapati harga barangan dan servis semakin murah hari demi hari. 

Sebagai contoh, pada tahun 2000, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 150 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM30.00, dan RM1.00 = 5 biji kuih). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 360 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM180.00, dan RM1.00 = 2 biji kuih). Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak 0.006 gram emas, tetapi 1 biji kuih tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 0.002 gram emas sahaja! 

Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebuah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM30,000.00 dan ~RM30,000.00 = 1 kereta standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM180,000.00  dan ~RM60,000.00 = 1 kereta standard). Maka, untuk sebuah kereta standard tahun 2000 memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah kereta standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!

Pada tahun 2000, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebuah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = RM150,000.00 dan ~RM150,000.00 = 1 rumah standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = rm900,000.00  dan ~RM300,000.00 = 1 rumah standard). Maka, untuk sebuah rumah standard tahun 2000 memerlukan 5 kilogram emas, tetapi sebuah rumah standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 1.6 kilogram emas sahaja!

Maka, jangan merungut jika harga barangan menjadi semakin mahal lagi. Anda hanya perlu membezakan apa itu ‘wang’ dan apa itu ‘matawang’. Jadi bijak!

Kenapa GCP?

Kali ini, tak payah cerita panjang..jom tengok ni..Kenapa GCP menjadi pilihan hati..




EMAS vs MATAWANG





(1) - Pada tahun 2000, RM1 kita boleh membeli 5 biji kuih. Tetapi pada tahun 2012 ini, dengan hanya RM1 kita hanya mampu membeli 2 biji kuih sahaja, tambahan kuih semakin kecil saiznya. Orang kata harga kuih makin mahal. (Apa yang orang kata itu aku kata itu silap, bukan kuih yang mahal tetapi nilai mata wang kita makin menjunam).

(2) - Untuk membeli 2 biji kuih pada tahun 2000, kita hanya memerlukan 40 sen sahaja. Tetapi pada tahun 2012, untuk 2 biji kuih, harganya sudah menjadi RM1.

(3) - Maka, nilai RM1 kita pada tahun 2012 ini hanya bersamaan dengan 40 sen pada tahun 2000. Ini adalah benar. Nilai matawang kita semakin turun hari demi hari tanpa kita sedar. Bagi sesetengah orang, ini cuma pekara biasa. Inflasi. Mereka tahu cakap je inflasi tapi tak tahu apa itu inflasi. Inflasi Zero? Propaganda.

(7) - Setelah persamaan kedua-dua belah (tahun 2000 dan tahun 2012) digandakan. Pada tahun 2012, nilai RM 1 juta hanya bersamaan dengan RM 400 ribu sahaja untuk tahun 2000. Kalau anda rasa anda jutawan pada tahun 2012 ini dengan memiliki RM 1 juta. Maka sebenarnya, orang yang mempunyai RM 400 ribu pada tahun 2000 juga jutawan kerana nilai duit anda dan orang itu adalah sama! Faham kan? Dah nampak?

(8) - Ramai diantara kita. Bukan ramai lagi. Terlampau ramai diantara kita dipengaruhi dengan sistem ASB ( Amanah Saham Nasional Berhad) yang mencanang keuntungan yang berlipat kali ganda. Kalau anda ada calculator di sisi anda. Cuba kira. Sekiranya kita memasukan RM 400 ribu di ASB pada tahun 2000 dengan dividen 9% setahun, adakah kita mendapat  sekitar RM 1 juta pada tahun 2012? Iya bukan? Adakah anda rasa ini satu keuntungan? Keruguian? Atau SAMA sahaja!? Kerana nilai RM1 juta pada tahun 2012 adalah sama dengan RM 400 ribu pada tahun 2000. ASB pandai. Kita yang tertipu.

(9) - Bila bercakap pasal pelaburan Real Estate. Beli rumah. Kalau kita beli rumah RM 400 ribu pada tahun 2000, adakah rumah yang kita beli itu bernilai RM 1 juta pada tahun 2012? Mustahil! Dan jangan juga lupa, zaman sekarang susah nak jumpa orang beli rumah cash. Semuanya loan. Kalau loan RM 400 ribu untuk beli rumah, kita akan bayar RM 400 ribu ke? Tidak bukan? Malah hampir RM 700 ribu. Betul kan? Tepuk dada dan fikir. Untungkah pelaburan membeli rumah? Ramai yang menjual rumah tidak ambil tahu tentang nilai matawang kita. Ini masanya untuk anda berfikir. Bagi aku, ini bukan lagi masa untuk pelaburan Real Estate.

(10) - The best part. Cuba tanya orang yang hidup tahun 1990-an berapa harga emas? Dan bandingkan dengan harga sekarang. Pada tahun 2000, 1 gram emas hanya berharga sekitar RM 30. Tetapi pada tahun 2012, 1 gram emas sudah mencapai RM 180. Dan sekiranya anda menggunakan RM 400 ribu yang anda ada pada tahun 2000 untuk membeli emas dan bukanya memasukkanya ke dalam ASB mahupun melabur dengan membeli rumah. Harga emas anda sudah mencapai RM 2.5 juta!!!.. Sekarang anda nampak?
 
Pilihan di tangan anda. Anda tentukan sendiri samada anda ingin memulakan simpanan emas atau terus menyimpan wang kertas. Jadi bijak!

Monday 6 August 2012

Bagi anda yang masih belum bermula, BERTINDAK sekarang!

Salam sejahtera semua,

       Sejak akhir-akhir ini, didapati bahawa harga emas semakin merudum. Ini semua disebabkan oleh krisis ekonomi dunia yang tidak menentu seperti yang berlaku di Greece. Emas pernah mencatat harga tertinggi sebanyak USD 1920 per oz pada September 2011 dan kini sekitar USD 1600 per oz. Namun begitu, jangan bimbang kerana harga emas dijangka akan naik semula sebelum hujung tahun 2012. 

      Maka, sekiranya kita mengetahui bahawa harga emas sekarang sedang merudum, maka inilah masa paling sesuai dan terbaik untuk kita mulakan simpanan emas. Bagi yang sudah bermula, tahniah kerana anda telah mengambil langkah bijak yang pastinya menjamin masa depan anda. Bagi yang belum bermula, apa yang ditunggu lagi? Kalau sekarang kita rasa harga emas mahal, tunggulah beberapa tahun lagi. Kita tak akan mampu membeli emas juga kerana harga emas sentiasa akan naik. Pada masa itu, kita yang rugi kerana tidak bijak merancang wang yang kita ada.

     Memetik kata-kata Howard Ruff dalam bukunya yang bertajuk, "Ruff’s Little Book of BIG FORTUNES IN GOLD and SILVER, A Middle Class License to Print Money” -apabila tiba masa yang tepat, emas dan perak boleh menjadi pelaburan yang sangat menguntungkan. Kita mendapat keuntungan apabila membeli pada harga rendah dan menjual semula pada harga yang tinggi. Ruff menjangkakan akan berlaku kenaikan tinggi harga emas dalam tempoh 8 – 13 tahun (daripada tahun 2006). Sebarang pelaburan di dalam emas dan perak akan memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada pelabur. Beliau juga berkata, sesiapa yang tak mempedulikan emas dan perak sekarang akan rugi besar.


   
       Cuba kita tengok contoh terdekat iaitu emak dan nenek kita. Kebanyakan daripada mereka tidak berkerjaya tetapi masih menyimpan harta dalam bentuk barang kemas seperti gelang, rantai leher dan cincin. Bila kesempitan wang, emas itu boleh digadai untuk mendapat wang. Harta itu jugalah yang akan diwariskan pada anak-anak bila mereka tiada nanti. Sekurang-kurangnya, anak-anak masih boleh 'survive' dengan 'harta' peninggalan emak.

       Itu bagi yang menyimpan. Bagaimana pula kita? Sudahkah kita memulakan simpanan? Simpanan dalam bentuk wang itu perlu tetapi simpanan dalam bentuk emas lebih bermanfaat kerana emas kalis inflasi. Emas juga mudah dicairkan (ditukarkan ke bentuk wang kertas atau dipajak). Emas juga masih bernilai meskipun terbakar dan menjadi debu berbanding wang kertas yang langsung tidak bernilai sekiranya mengalami kebakaran.

      Ayuh, bertindak sekarang. Mulakan simpanan emas. Tukar tunai anda kepada emas!

Sumber: jutawanemas.com 

                       _____________________________________________________________________________________________

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut:


Email: zurahanim.anual@gmail.com

GCP Authorised Dealer: AD 3736

___________________________________________________________________________

 


Sunday 5 August 2012

Antara penyimpan, pelabur dan peniaga emas..anda kategori yang mana?

Secara umumnya, mereka yang terlibat di dalam dunia emas boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu penyimpan emas, peniaga emas dan pelabur emas. Seseorang itu boleh jadi penyimpan dan peniaga emas dalam satu-satu masa dan boleh jadi hanya penyimpan emas. Pelabur emas pula boleh jadi penyimpan emas dan tidak meniaga emas langsung. Jom kita lihat dengan lebih terperinci.

1. Penyimpan emas

Seseorang itu boleh diklasifikasikan sebagai penyimpan emas apabila mula mendapat kesedaran mengenai simpanan emas. Pendek kata, apabila dia telah 'celik emas'. Penyimpan emas ini membeli emas untuk simpanan jangka panjang dan kebiasaannya mendapat info melalui blog, forum dan juga orang yang arif dalam dunia emas. Penyimpan emas selalunya akan menyebarkan kepada orang lain manfaat menyimpan emas fizikal dan secara tidak langsung, lambat-laun mereka mungkin akan menjadi peniaga emas apabila semakin ramai kenalan mula berminat membeli emas yang mereka syorkan. bak kata pepatah Melayu, sambil menyelam minum air. Sambil menyimpan, sambil meniaga. Kan untung?

2. Pelabur emas

Pelabur emas membeli emas semata-mata untuk tujuan pelaburan. Mereka akan membeli emas semasa harga rendah, dan menjual tatkala harga emas meningkat naik.Jarang didapati pelabur yang menjadi penyimpan, tetapi kebanyakan penyimpan menjadi pelabur secara tidak langsung apabila menjual emas di dalam simpanan mereka untuk keperluan tertentu (contohnya: emas dijual untuk menampung kos perbelanjaan perkahwinan).

3. Peniaga emas

Sesetengah orang mengambil langkah untuk menjadi peniaga semata-mata untuk mencapai keuntungan dalam waktu yang singkat. Sesetengah orang pula menjadi peniaga dengan niat untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan membuat simpanan emas. Meskipun tidak dapat menjual sebarang produk, mereka masih berpuas hati kerana telah berjaya menyampaikan mesej 'membuat simpanan emas fizikal'. 

Akhir kata, di dalam kategori manakah anda tergolong, anda sendiri yang tentukan. Apa yang penting, jadilah penyimpan kerana selain menyimpan, anda juga boleh menjadi pelabur dan peniaga emas. Sebar luaskan kebaikan mengenai simpanan emas kepada seberapa ramai orang, semoga lebih ramai masyarakat dapat dicelikkan mengenai simpanan emas. Memang sukar untuk mengubah mindset kerana kita telah dididik sedari kecil untuk menyimpan wang kertas. Namun, semuanya tidak mustahil sekiranya kita konsisten dan berusaha menambahkan pengetahuan mengenai simpanan emas. Mari, tukarkan tunai anda kepada emas!


Sumber: www.jutawangold.com                  
 ____________________________________________________________________________________________________________
                       
                            Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut: 

                                         www.facebook.com/goldemasperaksilver
 
                          Email: zurahanim.anual@gmail.com

                           *GCP Authorised Dealer AD 3736* 
     
_____________________________________________________________








Thursday 2 August 2012

Siapa yang harus menjadi pengedar GCP?

  • Mereka yang ingin berubah dari simpanan wang kertas (susut nilai) kepada simpanan wang yang sebenar iaitu emas (kalis inflasi,tidak susut nilai dan pelindung kewangan)
  
  • Mereka yang ingin menyimpan logam berharga sebagai penyimpan nilai yang baik menggantikan wang kertas yang peranannya cuma sebagai medium of exchange

  • Mereka yang ingin membuat simpanan konsisten setiap bulan atau berterusan
 
  • Mereka yang berminat untuk menyimpan sambil meniaga emas dan menjana keuntungan sampingan

  • Mereka yang ingin mengelakkan kebocoran kewangan dan ingin belajar bagaimana menarik kekayaan umpama magnet

  • Mereka yang ingin lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangan dan berbelanja dengan berhemah

  • Mereka yang ada kesedaran mengenai hakikat wang kertas dan ada rasa tanggungjawab untuk menyampaikannya kepada orang lain.


Kategori individu yang sesuai menyimpan/meniaga emas :


 1.Individu yang mempunyai kerja tetap
Tak ada masa nak buat bisnes lain.Bisnes emas ini hanya memerlukan anda rajin bercerita sahaja.Hanya educate orang tentang emas.Apa yang penting ilmu anda sendiri tentang emas perlu mantap.Once mereka sudah jelas,memudahkan anda kerana biasanya belian berulang.Ia boleh dilakukan secara sambilan tanpa menjejaskan tugas tetap anda


2. Individu yang Anti MLM
Tak suka nak cari-cari orang(downline).Jika anda  pelabur/penyimpan..simpan sahaja dah untung,tak perlu buat apa-apa.Jika anda adalah penyimpan merangkap dealer-amat menyenangkan sebab smua orang dah tahu emas berharga dan menguntungkan.So tak perlu nak cerita  panjang-panjang.Kadang-kadang  kesian dgn orang yang jual barang-barang terutamanya produk MLM.Macam-macam mereka  terpaksa cerita dan buat untuk tarik pembeli. Tapi emas? Tak perlu ..kerana semua orang sudah tahu emas berharga..apa yg mereka tak tahu ialah sebab perlu simpan emas dan bagaimana nak generate emas tak kira modal kecil atau besar,serta kepentingan emas.Konsep convert money to gold (tukarkan wang kertas kepada emas) pun perlu dijelaskan.


3.Individu  yang hendak menambah/mempelbagaikan portfolio pelaburan dan pendapatan
Mungkin anda pernah membuat pelaburan sebelum ini dan berniat menggandakan lagi pendapatan anda, inilah masa terbaik untuk memulakan simpanan emas.

4.Surirumah
Boleh jadi back up kalau berlaku apa-apa.Ia bertindak sebagai pelindung kewangan anda di saat memerlukan.


5.Orang tua atau warga emas
Senang hendak  pergi haji atau back up di hari tua.Maklum sahaja sebab banyak sekali kes anak buang ibu bapa sekarang,jadi dengan simpanan emas anda telah pun melakukan tindakan yang bijak sebagai salah satu sumber di kala memerlukan nanti.

6.Pekerja swasta tak kiralah yang gaji murah atau mahal
Rancang  untuk masa depan anda bagi memastikan kewangan lebih baik


7.Pelajar atau  anak-anak
Sebagai tabungan pendidikan dan insurans.
Ramai pelajar sekarang sudah  celik emas,guna PTPTN untuk beli dinar dan gold bar 1 gram,hasil berjimat cermat dan kesedaran mengenai emas.
Ibubapa yang menyimpan emas untuk anak-anak mereka dari kecil,sudah tidak memerlukan pinjaman PTPTN pada masa akan datang.


8.Individu yang masih bujang.
Terutamanya lelaki,kerana semasa kahwin nanti sekiranya anda simpan lama,harga emas waktu anda hendak kahwin sudah tinggi berbanding yang anda beli dahulu.Sekarang juga dah jadi trend memberikan dinar sebagai mas kahwin dan gold bar sebagai hantaran.

9.Individu yang minat emas.
Ada yang simpan hanya sebab minat dengan keindahan emas dan seolah-olah ketagih membeli emas bila ada peluang.Ini sebenarnya tabiat yang baik,tapi janganlah semua simpanan anda ditukarkan dalam bentuk logam berharga,simpan sebahagian dalam bentuk cash untuk keperluan kecemasan dan pertukaran on the spot untuk membeli barang dan sebagainya.


10.Individu yang ada perancangan meniaga
Bagi mereka yang ingin meniaga pada masa akan datang bolehlah mula menyimpan emas ,kerana ia boleh dijadikan modal perniagaan anda,sama ada anda mencagarnya di bank atau menjual emas tersebut.Pilihan di tangan anda.


PENDEK KATA,SEMUA ORANG HARUS BERMULA DENGAN SIMPANAN EMAS.ANDA TAK PERLU JADI KAYA UNTUK BERMULA DENGAN EMAS....

                                      
                         ______________________________________________________________________________________________________________________________

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut: 

www.facebook.com/goldemasperaksilver
 
Email: zurahanim.anual@gmail.com

*GCP Authorised Dealer AD 3736* 

__________________________________________________________________________