Sunday 5 August 2012

Antara penyimpan, pelabur dan peniaga emas..anda kategori yang mana?

Secara umumnya, mereka yang terlibat di dalam dunia emas boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu penyimpan emas, peniaga emas dan pelabur emas. Seseorang itu boleh jadi penyimpan dan peniaga emas dalam satu-satu masa dan boleh jadi hanya penyimpan emas. Pelabur emas pula boleh jadi penyimpan emas dan tidak meniaga emas langsung. Jom kita lihat dengan lebih terperinci.

1. Penyimpan emas

Seseorang itu boleh diklasifikasikan sebagai penyimpan emas apabila mula mendapat kesedaran mengenai simpanan emas. Pendek kata, apabila dia telah 'celik emas'. Penyimpan emas ini membeli emas untuk simpanan jangka panjang dan kebiasaannya mendapat info melalui blog, forum dan juga orang yang arif dalam dunia emas. Penyimpan emas selalunya akan menyebarkan kepada orang lain manfaat menyimpan emas fizikal dan secara tidak langsung, lambat-laun mereka mungkin akan menjadi peniaga emas apabila semakin ramai kenalan mula berminat membeli emas yang mereka syorkan. bak kata pepatah Melayu, sambil menyelam minum air. Sambil menyimpan, sambil meniaga. Kan untung?

2. Pelabur emas

Pelabur emas membeli emas semata-mata untuk tujuan pelaburan. Mereka akan membeli emas semasa harga rendah, dan menjual tatkala harga emas meningkat naik.Jarang didapati pelabur yang menjadi penyimpan, tetapi kebanyakan penyimpan menjadi pelabur secara tidak langsung apabila menjual emas di dalam simpanan mereka untuk keperluan tertentu (contohnya: emas dijual untuk menampung kos perbelanjaan perkahwinan).

3. Peniaga emas

Sesetengah orang mengambil langkah untuk menjadi peniaga semata-mata untuk mencapai keuntungan dalam waktu yang singkat. Sesetengah orang pula menjadi peniaga dengan niat untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan membuat simpanan emas. Meskipun tidak dapat menjual sebarang produk, mereka masih berpuas hati kerana telah berjaya menyampaikan mesej 'membuat simpanan emas fizikal'. 

Akhir kata, di dalam kategori manakah anda tergolong, anda sendiri yang tentukan. Apa yang penting, jadilah penyimpan kerana selain menyimpan, anda juga boleh menjadi pelabur dan peniaga emas. Sebar luaskan kebaikan mengenai simpanan emas kepada seberapa ramai orang, semoga lebih ramai masyarakat dapat dicelikkan mengenai simpanan emas. Memang sukar untuk mengubah mindset kerana kita telah dididik sedari kecil untuk menyimpan wang kertas. Namun, semuanya tidak mustahil sekiranya kita konsisten dan berusaha menambahkan pengetahuan mengenai simpanan emas. Mari, tukarkan tunai anda kepada emas!


Sumber: www.jutawangold.com                  
 ____________________________________________________________________________________________________________
                       
                            Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut: 

                                         www.facebook.com/goldemasperaksilver
 
                          Email: zurahanim.anual@gmail.com

                           *GCP Authorised Dealer AD 3736* 
     
_____________________________________________________________








No comments:

Post a Comment