Monday 6 August 2012

Bagi anda yang masih belum bermula, BERTINDAK sekarang!

Salam sejahtera semua,

       Sejak akhir-akhir ini, didapati bahawa harga emas semakin merudum. Ini semua disebabkan oleh krisis ekonomi dunia yang tidak menentu seperti yang berlaku di Greece. Emas pernah mencatat harga tertinggi sebanyak USD 1920 per oz pada September 2011 dan kini sekitar USD 1600 per oz. Namun begitu, jangan bimbang kerana harga emas dijangka akan naik semula sebelum hujung tahun 2012. 

      Maka, sekiranya kita mengetahui bahawa harga emas sekarang sedang merudum, maka inilah masa paling sesuai dan terbaik untuk kita mulakan simpanan emas. Bagi yang sudah bermula, tahniah kerana anda telah mengambil langkah bijak yang pastinya menjamin masa depan anda. Bagi yang belum bermula, apa yang ditunggu lagi? Kalau sekarang kita rasa harga emas mahal, tunggulah beberapa tahun lagi. Kita tak akan mampu membeli emas juga kerana harga emas sentiasa akan naik. Pada masa itu, kita yang rugi kerana tidak bijak merancang wang yang kita ada.

     Memetik kata-kata Howard Ruff dalam bukunya yang bertajuk, "Ruff’s Little Book of BIG FORTUNES IN GOLD and SILVER, A Middle Class License to Print Money” -apabila tiba masa yang tepat, emas dan perak boleh menjadi pelaburan yang sangat menguntungkan. Kita mendapat keuntungan apabila membeli pada harga rendah dan menjual semula pada harga yang tinggi. Ruff menjangkakan akan berlaku kenaikan tinggi harga emas dalam tempoh 8 – 13 tahun (daripada tahun 2006). Sebarang pelaburan di dalam emas dan perak akan memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada pelabur. Beliau juga berkata, sesiapa yang tak mempedulikan emas dan perak sekarang akan rugi besar.


   
       Cuba kita tengok contoh terdekat iaitu emak dan nenek kita. Kebanyakan daripada mereka tidak berkerjaya tetapi masih menyimpan harta dalam bentuk barang kemas seperti gelang, rantai leher dan cincin. Bila kesempitan wang, emas itu boleh digadai untuk mendapat wang. Harta itu jugalah yang akan diwariskan pada anak-anak bila mereka tiada nanti. Sekurang-kurangnya, anak-anak masih boleh 'survive' dengan 'harta' peninggalan emak.

       Itu bagi yang menyimpan. Bagaimana pula kita? Sudahkah kita memulakan simpanan? Simpanan dalam bentuk wang itu perlu tetapi simpanan dalam bentuk emas lebih bermanfaat kerana emas kalis inflasi. Emas juga mudah dicairkan (ditukarkan ke bentuk wang kertas atau dipajak). Emas juga masih bernilai meskipun terbakar dan menjadi debu berbanding wang kertas yang langsung tidak bernilai sekiranya mengalami kebakaran.

      Ayuh, bertindak sekarang. Mulakan simpanan emas. Tukar tunai anda kepada emas!

Sumber: jutawanemas.com 

                       _____________________________________________________________________________________________

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut:


Email: zurahanim.anual@gmail.com

GCP Authorised Dealer: AD 3736

___________________________________________________________________________

 


No comments:

Post a Comment