Monday 19 August 2013

Ganda kekayaan dengan bersedekah


Salah satu hikmah yang saya belajar akhir-akhir ni ialah, kalau nak Allah gandakan rezeki, perbanyakkan sedekah. Allah akan ganti 10 KALI GANDA. Ada satu hari tu, saya nak test power untuk kuatkan keyakinan saya tentang janji Allah. Ada seorang student belajar Mesir dalam kesempitan. So, saya sedekahkan RM50, keluarkan dari tabung infaq bisnes kami. Seminggu lepas tu, Allah ganti balik dengan 3 urusniaga yang untungnya sekitar RM1,100! 20 KALI GANDA! Alhamdulillah…
Kami untung bersih sekitar RM1,000 sebab setiap hasil untung bisnes, kami akan potong 12.5%. 10% kami kembalikan ke tabung infaq, 2.5% kami masukkan ke tabung zakat.

Bersedekah Dulu, Baru Datang “Kaya”
Nasihat saya pada semua sahabat, kalau rasa sempit, perbanyakkanlah sedekah. Masa saya sempit dulu, saya pun lokek bersedekah sebab saya rasa untuk diri sendiri pun tak cukup, macam mana nak keluarkan sedekah? Tapi sampai satu masa, saya fikir sampai bila nak lokek macam ni. Then, saya start sedekah sikit-sikit. Mulakan masukkkan duit dalam tabung masjid RM1 seminggu. Lama-lama, sedekah tu makin hari makin bertambah sampai ianya dah jadi habit.
Pesan Chef Li, kalau ada orang mintak sedekah, bagi jer walaupun seringgit. Tak banyak tak apa, asalkan berterusan kata Nabi. Samada mereka betul-betul susah ataupun ‘sindiket’ itu bukan kerja kita. Kalau bagi dengan ikhlas, Tuhan pasti akan balas, insyaAllah.

Rezeki Lebih Lapang Bila Bersedekah
Start dari situ lah, saya perasan rezeki kami makin hari makin lapang, alhamdulillah… Dulu, nak dapat EXTRA income RM10 sebulan pun punyalah payah. Tapi sekarang, setakat RM1,000 sebulan tu biasa jer. Pendek kata, sambil ‘main-main’ pun boleh dapat, alhamdulillah.
Dan memang macam tu lah yang saya perhati. Ada seorang sahabat saya yang kerjanya biasa jer, tapi dia memang suka belanja kawan. Kalau keluar minum-minum, memang tak pernah sempat saya bayarkan. Mesti dia jer yang bayarkan dulu. Dan saya tengok hidup dia senang jer dan boleh dikatakan tak ada apa-apa masalah kewangan walaupun kerja taklah seberapa.
Memang benarlah janji Tuhan. Barang siapa yang keluarkan infaq, PASTI Dia akan ganti balik dengan nilai yang berkali-kali ganda banyaknya.
Wallahu a’lam.
  • “Barang siapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya” [Al-An’aam 6:160]
  • “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui” [Al-Baqarah 2:261]
Kesimpulan:
  1. Kena bersedekah dulu baru Allah bagi kaya, bukannya kaya dulu baru nak bersedekah. Biasakan diri bersedekah sebelum Allah bagi kaya sebab takut bila dah kaya kita jadi kedekut untuk bersedekah. Nauzubillah.
  2. Hikmah bersekah bukan sekadar menggandakan kekayaan, tetapi ia penghapus dosa, membersihkan harta, menghindarkan bala, menyembuhkan penyakit dan mengundang pertolongan daripada Allah.
Nota: 4 Kelebihan Sedekah

Kelebihan #1 – Mengundang Rezeki
“Perumpamaan (pahala) orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji benih yang menumbuh tujuh tangkai, dan pada setiap tangka itu pula terdapat seratus biji. Allah melipat gandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui” [Al-Baqarah 2:261]

Kelebihan #2 – Menolak Bala
Rasulullah s.a.w bersabda “Bersegeralah bersedekah sebab bala tidak pernah mendahului sedekah”.

Kelebihan #3 – Menyembuhkan Penyakit
Rasulullah s.a.w bersabda “Ubatilah penyakitmu dengan bersedekah”.

Kelebihan #4 – Memanjangkan Usia
Rasulullah s.a.w bersabda “Perbanyakkanlah sedekah, sebab sedekah boleh memanjangkan umur”

Nota: Dalil Menggalakan Bersedekah
“Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tiada lagi jual-beli dan tiada lagi persahabatan akrab dan tiada lagi syafa’at” [Al-Baqarah 2:254]
Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir).” [Al-Baqarah 2:268]
Seorang hamba berkata: “Hartaku! Hartaku!”. Sesungguhnya yang dimiliki dari hartanya hanya ada tiga; Apa yang dipakai kemudian usang, yang dimakan kemudian habis, yang diberikan kepada orang lain dan mendapat kepuasan. Selain itu, semuanya akan pergi dan ia tinggalkan untuk manusia.” (Hadis Riwayat Muslim”
“Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.”. (Hadis Riwayat Muslim)
“Sesiapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepadanyalah kamu dikembalikan.” [Al-Baqarah 2:245]

Friday 10 May 2013

Inflasi :Simpan Emas atau Wang Kertas?

Sumber: www.jutawangold.com

APA ITU INFLASI?


 Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga (kebanyakan barang dan perkhidmatan) yang berterusan.
Inflasi juga menunjukkan penyusutan nilai wang dari semasa ke semasa.Mahukah anda menyimpan wang kertas untuk  jangka masa panjang sedang ia semakin susut nilai dan tidak berharga?
Perbezaan Harga Barang Untuk Tahun 2000 dan 2012
• Hampir 99% masyarakat di dunia menyangka harga barangan dan servis semakin mahal dari semasa ke semasa. Kerana mereka tidak mengerti apakah ‘wang’ yang sebenar. Sebenarnya jika diperhatikan dengan teliti, harga barangan dan servis adalah semakin murah hari demi hari. Dari tamadun Yunani, Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan emas sebagai ‘wang’. Jika anda mengukur harga sesuatu barangan berdasarkan emas dan bukanya ‘matawang’, anda pasti akan mendapati harga barangan dan servis semakin murah hari demi hari.
• Sebagai contoh, pada tahun 2000, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 150 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM30.00, dan RM1.00 = 5 biji kuih). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 360 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM180.00, dan RM1.00 = 2 biji kuih). Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak 0.006 gram emas, tetapi 1 biji kuih tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 0.002 gram emas sahaja!
• Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebuah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM30,000.00 dan ~RM30,000.00 = 1 kereta standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM180,000.00 dan ~RM60,000.00 = 1 kereta standard). Maka, untuk sebuah kereta standard tahun 2000 memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah kereta standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!
• Pada tahun 2000, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebuah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = RM150,000.00 dan ~RM150,000.00 = 1 rumah standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = rm900,000.00 dan ~RM300,000.00 = 1 rumah standard). Maka, untuk sebuah rumah standard tahun 2000 memerlukan 5 kilogram emas, tetapi sebuah rumah standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 1.6 kilogram emas sahaja!
• Maka, jangan merungut jika harga barangan menjadi semakin mahal lagi. Anda hanya perlu membezakan apa itu ‘wang’ dan apa itu ‘matawang’. JADI BIJAK!

Jika anda berminat untuk memulakan simpanan emas fizikal, jangan bertangguh. Mulakan sekarang sementara harga emas masih rendah.

                 Hubungi:                                                  
        zurahanim.anual@gmail.com
          www.facebook.com/goldemasperaksilver

Thursday 21 February 2013

BAGAIMANA MENJADI DEALER GCP?


Sekiranya anda ingin membeli emas pada kadar yang lebih murah daripada umum, daftarlah sebagai dealer GCP. Caranya sangat mudah. Ikuti 4 langkah di bawah:

Daftarlah sekarang

 
1) Buka website www.gcp.com.my

2) Klik register dan masukkan nama dan nombor ID introducer
Zurahanim Fasha Anual
Kod agen : ad3736

3) Isi borang yg disediakan dan ikut arahan hingga akhir.

4) Bank in RM1000 ke akaun Maybank 505103003954 dan email bukti bayaran sales@gcp.com.my  atau sms ke 013-3180447,taipkan nama penuh dan time bank in.

Pendaftaran dan tempahan emas (jika ada) akan diproses oleh pihak GCP dalam tempoh 24 jam mengikut masa bayaran dibuat.

Kata nama/kata laluan akan dihantar melalui email dan sms.

Untuk memudahkan urusan pendaftaran,anda boleh berikan nama penuh dan time bank in anda kepada saya untuk saya follow up.

          Tiada syarat belian wajib..

          Tiada target sales

          Tiada tamat tempoh keahlian..

         Tidak perlu mencari orang (bukan MLM)



Anda buat, anda dapat. Jangan percaya cakap saya. Buat aje.

PM saya untuk maklumat lanjut.

Friday 15 February 2013

Bagaimana Menjana Keuntungan Dengan Emas?


Sumber: www.jutawangold.com


Baiklah,saya akan cuba tunjukkan kali ini,cara-cara menjana keuntungan melalui emas.Cuma saya mohon maaf kerana penulisan ini secara umum dahulu,akan datang saya akan kongsikan kiraan secara terperinci sedikit.Maklum sahaja,saya mempunyai banyak komitmen dan  perlukan masa untuk membuat sesuatu yang perlukan pengiraan yang jelas dan tepat.

Cara –cara anda boleh menjana keuntungan dengan emas
1.      Membeli emas mengikut kemampuan anda.
Sekiranya anda mempunyai simpanan wang,anda boleh menukarkan sebahagiannya kepada emas.Jika anda penyimpan sahaja,saya tidak menggalakkan anda untuk menukarkan kesemuanya atau melebihi 80% simpanan melainkan anda mahir tentang emas dan tahu bagaimana hendak mencairkan emas anda.
Anda membeli emas dan simpan,cara yang paling selamat walaupun lambat untung.Namun untuk jangka masa panjang,InsyaAllah memang menguntungkan.

2.Menyimpan + meniaga emas
1.Anda boleh menjadi penyimpan dan meniaga emas jika inginkan sumber pendapatan lebih.Meniaga emas boleh dilakukan secara sambilan sahaja.Sangat mudah dan anda tak perlu keluarkan cerita-cerita seperti penjual barangan lain kerana umum sedia maklum bahawa emas sangat berharga.Apa yang masyarakat kurang jelas ialah mereka tidak tahu apa peranan dan sebab perlu simpan emas ini.
Tugas anda menyampaikan dan menyebarkan tentang kelebihan emas dan kepentingan menyimpan emas.Oleh itu anda digalakkan menimba banyak ilmu tentang emas supaya lebih mantap.Percayalah ,membeli emas dengan ilmu akan membantu anda membuat tindakan terbaik dan menggalakkan orang lain juga membuat tindakan yang terbaik untuk diri mereka.

3.Membeli emas menggunakan duit gaji dan bonus.
Membeli secara konsisten menggunakan hasil gaji,pendapatan dari perniagaan mahupun bonus yang diperolehi.Bayangkan setiap bulan anda menyimpan 5gram,setahun anda sudah memiliki 60gram!

Bagaimana jika anda simpan lebih dari 5gram dan beli lagi dengan duit lebihan seperti bonus,sudah tentu simpanan emas anda semakin meningkat dari semasa.

Percayalah pada “power of saving” yang terbukti berjaya.Tak perlu manipulasi emas atau membuat pinjaman,dengan menyimpan pun dah untung.

4.Membeli emas terpakai dan surat pajak
Tahukah anda membeli emas terpakai amat menguntungkan?Ini kerana emas terpakai dapat dibeli dengan harga yang murah sebaliknya jika anda bijak,anda boleh menjualnya sebagai emas yang baru (emas boleh dilebur dan dijadikan pelbagai bentuk).Bisnes emas akan menguntungkan jika anda bukan sekadar penyimpan emas,tetapi peniaga emas yang juga membeli emas terpakai.
Ada satu teknik,membeli emas terpakai dengan harga yang murah,kemudian apabila memajaknya kita akan mendapat nilai yang lebih.Anda boleh gunakan modal ini untuk membeli emas lagi atau menambah stok tapi pastikan pajak dengan tujuan untuk meniaga,bukan tambah emas semata-mata.Membeli surat pajak juga menguntungkan.


Membeli emas terpakai sangat menguntungkan
Membeli emas terpakai sangat menguntungkan










5.Menyimpan + meniaga + melabur
Mengapakah saya menekankan kepada simpanan emas?Ini kerana emas bertindak seperti wang,maka ia harus disimpan lama.Namun kelebihan kepada mereka yang menganggap emas sebagai simpanan ialah,ia boleh bertindak sebagai pelaburan.
Namun jika anda menganggap emas sebagai pelaburan,anda harus pegang konsep ini ‘buy low sell high’.Anda membeli dengan apa jua harga,jika dapat harga ‘cantik’ ia bonus,kemudian tunggu harga naik dan anda menjualnya.
Kelemahan pelabur ialah,mereka hanya fikirkan tentang untung hendak menjual semasa harga tinggi sahaja.Cuba fikirkan kembali,ke mana perginya wang hasil keuntungan tersebut?Jika  tidak dilaburkan kepada 4 perkara berikut,boleh dikatakan mereka ini gagal sebenarnya menguruskan kewangan mereka :
1.rumah
2.hartanah
3.emas
4.bisnes /saham atau apa jua yang boleh memberi pulangan berganda
Jika penyimpan emas pula,kelebihannya mereka boleh menukarkan simpanan emas mereka kepada pelaburan bila-bila masa.Siapa tahu jika mereka berubah fikiran untuk membeli rumah,hartanah atau hendak dapatkan modal meniaga dengan  menjual emas ,maka emas yang disimpan tadi bertindak sebagai pelaburan.Biasanya mereka sudah untung kerana mereka telah menyimpan emas lama iaitu jangka masa panjang.
Bagi yang meniaga emas,untung bila :
-#Jual : dapat untung hasil jualan

-#Beli balik pun untung sebab beli harga “kami beli” dan ikut harga emas terpakai untuk used gold
Kesimpulannya,ada banyak lagi cara untung dengan emas ini,di mana anda akan temui caranya jika anda sudah bergelar penyimpan,pelabur dan peniaga emas dengan syarat anda rajin mencari ilmu dan bergaul dengan mereka yang dah berjaya dalam simpanan emas.

Sunday 27 January 2013

BAGAIMANA SAYA MENYIMPAN SEHINGGA RM 5000 DALAM MASA 7 BULAN


Oleh: Zurahanim Anual

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas. Semoga dengan rasa kesyukuran ini, maka lebih banyak nikmat Allah limpahkan dalam kehidupan kita.

Saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya setelah menjinakkan diri hampir 7 bulan dalam dunia emas. Pengalaman celik emas ini sesungguhnya sangat berharga dan saya bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk memperbaiki cara menyimpan wang. Setelah mempunyai wang sendiri hasil titik peluh menempuh alam pekerjaan hampir 10 tahun dahulu (saya memasuki alam pekerjaan sejurus setelah menamatkan ijazah sarjana muda), saya tidak pernah mempunyai ilmu kewangan atau cara menyimpan wang dengan betul.

Seingat saya, saya hanya menyimpan di dalam ASB (itu pun tidak menyimpan secara berkala) dan pernah membuat loan ASB sehingga RM 100 ribu untuk jangkamasa 15 tahun. Kedua-dua ibu bapa saya bukan orang terpelajar, dan mempunyai ilmu kewangan yang cetek (saya tidak menyalahkan mereka kerana hal ini).

Meskipun menyimpan bukan secara berkala di dalam ASB, saya masih mempunyai simpanan sebagai pelindung kewangan seandainya berlaku perkara yang tidak diingini. Walau bagaimanapun, disebabkan pengurusan kewangan yang tidak eifisien dan nafsu berbelanja yang kadang-kadang membuak tinggi terutamanya pada musim perayaan membuatkan saya kadang-kadang tewas dalam percaturan sendiri.

Natijahnya, saya mengeluarkan sedikit wang yang ada di dalam simpanan ASB untuk dibelanjakan. Bila difikirkan balik, kadang-kadang barang yang dibeli itu hanya untuk memenuhi kehendak dan bukannya keperluan. Hai lah manusia, cepat sangat tunduk dengan nafsu.

Akibat tidak mempunyai sistem pengurusan kewangan yang baik, wang simpanan saya tidak pernah mencapai matlamat simpanan. Namun begitu, alhamdulillah saya ditemukan dengan blog jutawangold.com pada pertengahan tahun lepas dalam usaha menguruskan kewangan dengan lebih baik dan teratur.Sebaik sahaja celik emas dan memahami konsep menukar tunai kepada emas, saya dengan tidak berlengah terus membuat keputusan menjadi dealer meskipun saya kini berada di Australia untuk meneruskan pengajian PhD.

Memandangkan emas bertindak sebagai pelindung kewangan dan kalis inflasi, saya yakin bahawa simpanan emas mampu membantu saya menguruskan kewangan saya dengan lebih bijak. Ini terbukti dalam masa hanya 7 bulan, saya mampu menyimpan sehingga RM 5000.

Jika dahulu, sebaik sahaja mendapat dividen ASB pada awal tahun, hampir sebahagian wang dibelanjakan membuatkan simpanan saya semakin menyusut, kini dengan memilih untuk menjadi antara penyimpan, pelabur atau peniaga emas, saya dapat memastikan matlamat kewangan saya tercapai. 

Apa yang saya lakukan cukup mudah. Setiap bulan, saya memastikan saya membeli sekurang-kurangnya satu dinar Gold Crest Pavillion (GCP). Sekiranya saya mempunyai bajet yang berlebihan pada sesuatu bulan, saya akan menambah simpanan dengan membeli sekeping dinar berserta 1 gram gold bar GCP.

Saya juga mencatit dengan teliti setiap pembelian berserta tarikh dan harga belian untuk tujuan rujukan. Pada awal pembelian, saya tidak begitu peka dengan naik turun harga emas. Rupa-rupanya harga emas berubah-ubah setiap hari dan kemaskini harga oleh GCP dilakukan sekali pada jam 9.30 pagi dan sekali lagi pada jam 4.30 petang. Saya pernah membeli dinar pada harga yang agak tinggi sehingga mencecah RM 833 sekeping dek kerana tidak mengambil pusing berkenaan perubahan harga emas sedangkan harga sekeping dinar terendah yang saya miliki berharga sekitar RM 789.

Pengalaman memang guru terbaik. Setelah itu, saya lebih berwaspada dan memastikan pembelian emas dilakukan pada ketika harganya sedang jatuh. Oleh sebab itu, kini saya akan memantau harga emas dua kali sehari. Apabila bajet mengizinkan dan harga  emas cantik, saya akan membeli emas.

Sistem GCP yang mudah dan menawarkan sistem perkhidmatan yang pantas juga sangat memikat hati. Sebaik sahaja pesanan diterima oleh pihak GCP dan pembayaran dibuat dalam masa 24 jam, tempahan produk diproses dan produk diterima dalam masa 3-10 hari bekerja. Malahan, saya juga amat kagum apabila diberitahu oleh pelanggan bahawa mereka menerima produk dalam masa 3 hari dari tarikh pembayaran.

Alhamdulillah, setelah celik emas, saya kini mampu mengatur kewangan dengan lebih bijaksana sesuai dengan matlamat kewangan yang ingin dicapai. Bagi anda yang belum bermula, jangan berlengah. Simpan sekurang-kurangnya 1 gram sebulan. Mulakan menyimpan emas untuk masa hadapan yang lebih gemilang.